KENYATAAN MEDIA: UMNO-BN SELANGOR CELARU

KENYATAAN MEDIA
UMNO / BN Selangor Celaru

Kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Dato’ Seri Noh Omar yang menyifatkan PAS Selangor sebagai kuda tunggangan PKR dan DAP merupakan satu tanda kerisauan tahap tinggi dan lebih kepada kenyataan ‘menangguk dia air keroh’. Realitinya ia mencerminkan sikap Noh Omar yang sebenarnya tidak senang dengan kesepakatan padu yang dicapai antara PKR , PAS dan DAP khususnya di Selangor. Konsensus yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat, baik di peringkat Nasional mahupun di peringkat Negeri telah jelas membuktikan keutuhan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan Agenda Pakatan Rakyat yang polisinya terus memberi keutamaan kepada kesejehteraan rakyat.

Kenyataan Noh Omar ini sebenarnya memberi tanda yang beliau cuba menyembunyikan kemelut baru yang melanda UMNO Selangor. UMNO Selangor kini sedang menghadapi krisis kepimpinan apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor tidak mendapat dokongan penuh dari keseluruhan Bahagian UMNO Selangor. Ini menyebabkan terdapat konflik yang serius diantara Bahagian UMNO dan juga kepimpinan UMNO Negeri yang semakin diperkatakan. Noh Omar dikatakan gagal dalam memperkukuhan parti komponen MIC, PPP dan MCA Selangor sebagai Timbalan Pengerusi BN Selangor. Sikap kurang senang parti komponen BN pada Noh Omar, seperti MCA dan MIC ini dapat dilihat jelas apabila ada kalangan perwakilan parti komponen yang keluar dewan pada Konvensyen BN Selangor April 2010 sewaktu Noh Omar mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak disenangi oleh perwakilan dari MIC dan MCA Selangor.

Ia diburokkan lagi dengan tindakan MCA menyanggah cadangan lidah bercabang UMNO; Utusan Malaysia yang mengutarakan slogan uang bertentangan semangat BN. Saya menyarankan adalah lebih baik sekiranya Dato Sri Noh Omar menyelesaikan masalah dalaman yang melanda UMNO dan BN Selangor dahulu dari terus membuat tohmahan tidak berasas mengenai kesepakatan diantara parti di dalam Pakatan Rakyat. Noh Omar juga patut menilai semula kesilapan dalam kepimpinannya sebagai Timbalan Pengerusi BN Selangor yang jelas gagal dalam mencapai kesepakatan diantara UMNO , MCA dan MIC Selangor.

BN Selangor dibawah kepimpinan Noh Omar sebenarnya yang sedang terkedu dengan sikap harmoni Pakatan Rakyat dan beliau celaru fikiran dengan pertelagahan dalaman UMNO BN. Molek sangatlah jika betulkan dulu kapal bocor UMNO BN sebelum cuba robohkan tembok kepercayaan Pakatan Rakyat!

Shuhaimi Hj Shafiei
Ketua Penerangan KeADILan Selangor / Adun Sri Muda

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 29/04/2011, in KENYATAAN MEDIA and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment