ZURAIDA PERSOAL BELANJA ROSMAH MANSOR KE TURKI

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat dalam menampung kos lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Turki.

Beliau mengulas berita lawatan Rosmah selama tiga hari ke negara berkenaan dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Delegasi itu dilaporkan turut disertai 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.

“Kita sudah membangkitkan banyak kali tentang isu ini sebelum ini apabila Rosmah melancong ke luar negara mengguna wang rakyat, tetapi isu yang lama masih belum dijawab.

“Kerajaan masih belum lagi menjawab tentang peranan Rosmah dalam mengetuai delegasi dan mewakili kerajaan serta perbelanjaan yang ditanggung ketika ke luar negara bila kita bangkitkan di parlimen,” ujar beliau yang turut mempersoalkan faedah daripada lawatan Rosmah itu kepada rakyat Malaysia.

Justeru itu, Zuraida menyifatkan Rosmah yang menggelar dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia, ‘membawa bencana’ kepada suaminya,  Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita melihat Najib gagal melaksanakan tanggungjawab terrutama bila gagal mengawal isterinya. Saya cuma merasakan ia satu bencana bagi Najib.

“Kita sudah berulangkali meminta Najib supaya menasihati isterinya, tetapi dia masih gagal berbuat demikian,” ujarnya.

Rosmah yang mempunyai pejabatnya dan divisyen sendiri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini menerima kecaman keras kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Malaysia.

Tindakan itu dikatakan menghina perlembagaan dan menderhaka kepada Yang dipertuan Agung, kerana gelaran itu hanya layak diguna Permaisuri Agung.

Beliau juga dikritik hebat atas sikap borosnya membelanjakan wang kerajaan dan sewenang mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dengan mengambil alih tugas menteri, terutama dalam urusan hubungan diplomatik.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negeri seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 04/05/2011, in ARTIKEL and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: