JELAS:SIRI 7 MEI TAMAN TELUK GEDUNG INDAH PELABUHAN KLANG

PELABUHAN KLANG, 7 MEI – Siri 2 JELAS berlansung di Taman Teluk Gedung Indah bertempat di markas Pas . Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah ini bermula pada jam 8 malam dengan di hadiri oleh Yb Azmin , Yb Shuhaimi , Yb Mat Sabu , Yb Dr Siti Maria , Shamsul Iskandar Ketua Amk , dan Aznizam Naib Ketua Amk . Ceramah JELAS siri 2 ini Di anjur oleh Amk Malaysia , Pas klang , dan Cabang Klang .

Kehadiran memberansangkan di banjiri lebih 1000 rakyat dari golongan ibu-bapa hingga anak-anak kecil yang turut menyokong perjuangan murni JELAS ini .

Di awal ceramah berlansung di lihat pihak polis berkawal di luar markas dengan 5 buah trak polis dan lebih seratus anggota polis wal hal ceramah ini di lancar dengan aman damai. Apa tujuan pihak polis ?

Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 10.30 malam di sambut baik rakyat , tetapi pihak polis yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Klang Assistant Kommisioner Mohammad Mat Yusop menggesa ceramah di hentikan dengan mematikan sistem pembesar suara . Penduduk setempat agak berang dengan pihak polis yang membuta tuli menamatkan ceramah ini wal hal ia berlansung di Markas Pas sendiri .

Polis kemudian mengarahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menghentikan ucapannya beberapa kali sementara menunggu ketibaan Anwar.

“Jangan takut, lawan tetap lawan. Lawan kita UMNO bukan pegawai Polis,” kata Azmin sebelum dihentikan buat kali ketiga oleh pihak polis beberapa saat kemudian.
Ketibaan Anwar sejurus selepas itu diiringi dengan laungan reformasi oleh penyokong yang hadir.

Anwar  hanya sempat berucap selama 5 minit sebelum menyuraikan majlis tersebut.
“Saya tidak mahu ada masalah dengan dia (Polis) sebab dia pun terima arahan. Jadi saya nak elak kerana kalau saya berkeras, yang susah ialah rakyat. Tapi ini tak bermakna saya setuju. Sistem ini zalim. Ini jelas. Tak ada sebab. Kita minta tempat, markas PAS semua tak boleh,” kata Anwar.
Anwar turut menyeru agar hadirin tidak patah semangat dalam mengubah Malaysia pilihan raya kan datang.
“Sebab itu saya ingin gesa saudara-saudara, jangan sedikitpun terhakis semangat kita untuk lakukan perubahan. Ini negeri kita, kita mahu rakyat dibebaskan. Biar yang atas hina kita tapi lawan tetap lawan,” kata Anwar sebelum menyertai hadirin melawat ke sekitar kawasan perumahan itu bertemu orang ramai.
Source-thanks to Ameno world

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 12/05/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: