JELAS:SIRI 14 MEI STADIUM SELAYANG

SELAYANG,14 MEI – JELAS menyusul di Stadium Selayang bersama program Munajat Umat Tolak Fitnah lebih 4000 Rakyat yang hadir menunaikan solat hajat ini . Solat hajat ini di imam oleh Dr Wahbah Zuhaili dari syria bersama-sama rakyat malaysia menjayakan program ini.

Siapa Syeikh Dr Wahbah Zuhaili ini ?

Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;
1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz

Profil Syeikh ini menunjukkan bahawa beliau ini bukan orang main-main tetapi memang seorang Islam Tulen . Rakyat Malaysia berbangga dapat bertemu dengan orang sehebat beliau.

Terima kasih Pakatan Rakyat kerana menjemput orang Islam  Sehebat Syeikh Dr Wahbah Zuhaili

Tatkala orang Muslim mengerjakan solat hajat di dalam stadium , ada segelintir muslim yang di lembu kan pihak-pihak berkenaan yang mengedarkan VCD Lucah di luar stadium .

Apa dah berlaku di Malaysia ini ?

bak kata orang pandai “ini jaman edan” semuanya terbalik yang baik di fitnah yang jahat di angkat.

Wahai rakyat Malaysia lihat lah sendiri perbuatan jijik ini, apakah anda masih buta dan lena ?

Kejadian kolot ini adalah refleksi dari para pemikir si pihak berkenaan yang tiada modal untuk di persembahkan. Takat pemikiran jijik yang di tonjolkan menunjukkan kreadibiliti mereka amat lah cetek

Sekian Terima Kasih

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 17/05/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: