PDRM JANGAN TERLEBIH UMNO DARI UMNO

Kita di ajar bahawa Polis itu tugasnya adalah menjaga Rakyat dari segi keselamatan . Negara Malaysia ini mengamalkan Demokrasi , maka dari sudut politik itu pihak Polis harus bertindak tegak dengan prinsip asas demokrasi . Apakah Pdrm ini alat ? diperkudakan sahaja ? atau Pdrm adalah institusi telus ?

Jika di lihat dari pengalaman JELAS pada siri-siri yang lepas pihak Polis ini tampak bias dalam menjalankan tugas . Ini terbukti pada Program JELAS 7 mei Taman Teluk Gedung Indah dan 16 Mei Kg Labuan Dagang pihak polis dengan sengaja berkawal seolah-olah Program Jelas ini seperti ada ribut ,wal hal setiap program di jalankan dengan aman damai ia di sokong baik rakyat .

Kami rakyat Malaysia kecewa dengan tindakan pihak polis ini , apa yang paling menyedihkan ialah polis sanggup membuat sekatan jalan menyebabkan rakyat dan penceramah sukar untuk sampai ke tempat ceramah. Ini sudah cukup melampau dan menyimpang dari tugas sebenar Pdrm itu sendiri.

Ambil contoh negara jiran iaitu Indonesia , pihak polis mereka tidak akan menggangu majlis ceramah politik sehingga tamat majlis.Apa yang di tugaskan mereka adalah menjaga keselamatan orang awam dan soal “roadblock” di tempat ceramah-ceramah politik indonesia memang jauh sekali .Cuma di malaysia sahaja ada budaya buruk polis ini.

Sedikit penambahan , Pdrm ini menjalankan tugas di bawah pemerintah siapa ? harus ingat selangor ini di perintah PR maka di mana Pdrm mendaulatkan undang-undang itu ? Undang-undang mana Polis-polis di selangor ini pakai ?

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 18/05/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: