KERAJAAN NEGERI BUAT SEMAKAN AUDIT PERBELANJAAN MDKS

26 MEI 2011
KERAJAAN NEGERI BUAT SEMAKAN AUDIT PERBELANJAAN MDKS

Kerajaan Selangor akan menjalankan audit khas terhadap semua kontrak yang diberikan kepada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di bawah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Ini perlu bagi mengenal pasti punca kelewatan serta melihat sama ada tuntutan pembayaran tersebut dibenarkan menurut garis panduan sedia ada.

Sekiranya didapati MDKS tidak membayar seperti yang sepatutnya kepada kontraktor yang terlibat, kerajaan negeri tidak teragak-agak meminta MDKS menjual aset-aset miliknya untuk melunaskan hutang itu.

Melalui semakan awal yang dilakukan, kerajaan negeri mendapati MDKS telah meluluskan perbelanjaan melebihi dari had yang dibenarkan. Ini kerana, kerajaan negeri hanya membenarkan MDKS membelanjakan sejumlah RM3.2 juta untuk kerja-kerja pembersihan seperti yang diputuskan pada 2007.

Kerajaan negeri mendapati lebihan perbelanjaan berlaku kerana kontraktor-kontraktor yang terlibat telah mengenakan kadar caj yang melebihi sepatutnya.

Akibat dari lebihan caj tersebut, MDKS kini mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM18 juta yang tidak dibayar sejak 15 bulan lalu seperti yang dilaporkan media, hari ini.

Perbelanjaan yang melebihi RM3.2 juta adalah tidak sah kerana tiada arahan rasmi oleh kerajaan negeri yang membenarkan MDKS membelanjakan lebih dari jumlah itu.

Kerajaan negeri menegaskan bahawa kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di MDKS adalah dilantik Alam Flora bukan lantikan kerajaan negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MDKS dan Ahli-ahli Majlis.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 27/05/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: