KENYATAAN AKHBAR 29 MEI 2011 PEMBANGUNAN PJS1 DIBEKUKAN SEHINGGAMASALAH PENEMPATAN SETINGGAN DAN TAPAK SEKOLAH SELESAI

KENYATAAN AKHBAR 29 MEI 2011

PEMBANGUNAN PJS1 DIBEKUKAN SEHINGGA MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN DAN TAPAK SEKOLAH SELESAI

 

Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan “stop work order” (pembekuan kerja pembangunan) ke atas  Projek Pangsapuri di PJS1. Pembekuan kerja kepada pemaju Peter’s Brickworks  Sdn Bhd berkuatkuasa Isnin 30 Mei sehingga masalah penempatan peneroka bandar  serta masalah penempatan sekolah diselesaikan.

Keputusan itu dibuat memandangkan masalah sekolah, penempatan penduduk serta banjir di kawasan tersebut masih tiada penyelesaian sejak 2003. “Kita perlu melihat semua isu yang terlibat supaya satu penyelesaian yang menyeluruh boleh dicapai,” kata Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim. Peneroka bandar di kawasan PJS1 telah ditempatkan di rumah panjang semenjak 2003 untuk memberi laluan kepada pembangunan  atas tanah persendirian oleh Syarikat Peter’s Brickworks yang mana mereka juga telah dijanjikan rumah.

Projek berkenaan berdepan masalah dan tidak boleh diteruskan apabila penduduk sekitar tapak pembinaan memfailkan bantahan ke mahkamah. Namun, baru-baru ini mahkamah telah membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek meskipun ada 3 keluarga setinggan yang enggan berpindah kerana masih lagi tidak memiliki rumah yang dijanjikan. Menteri Besar berkata masalah begini berlaku kerana polisi setinggan sifar oleh pentadbiran terdahulu telah gagal menyelesaikan masalah penempatan setinggan secara menyeluruh. “Dengan hanya membina rumah panjang tidak akan menyelesaikan masalah. Rumah panjang  yang sepatutnya untuk sementara akhirnya diduduki bertahun-tahun dan apabila masalah lain timbul, ia menjadi semakin rumit,” katanya Menteri Besar berkata, Kerajaan

Irwan Hidayat
Pen S/U
KEADILAN Selangor

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 30/05/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: