KEADILAN Selangor Alukan Pesuruhjaya Baru PAS Selangor – Tahniah

 

 

KENYATAAN MEDIA  PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR    13 JUN 2011

KEADILAN Selangor Alukan Pesuruhjaya Baru PAS Selangor – Tahniah

KEADILAN Selangor senantiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini. Pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati. KEADILAN Selangor sendiri sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca 2008 dan akan terus berubah demi rakyat.

KEADILAN Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada YB. Dr Abd Rani Osman kerana telah dilantik memikul amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bagi menggantikan YB. Dato’ Dr Hasan Ali yang telah banyak menabur jasa kepada Pakatan Rakyat terutama semasa menghadapi PRU 12 yang lepas.

Kecekapan YB. Dr Hasan Ali menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar. Kepadanya KEADILAN Selangor kalungkan penghargaan atas khidmat cemerlang dan jasa yang telah ditaburkan.

KEADILAN Selangor percaya perlantikan YB. Dr Abd Rani ini bakal memberikan satu ‘mimpi ngeri berpanjangan’ kepada seteru politik bersama iaitu, UMNO Selangor. Sudah pasti mimpi ngeri ini berulangan hampir setiap malam kepada kepimpinan UMNO hingga ke PRU 13 akan datang.

Perlantikan ini juga memberi impak yang sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin KEADILAN Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor.

Komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen ‘JELAS- Tawan Malaysia!’ anjuran KEADILAN Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini.

Rombakan kepimpinan baru di dalam PAS Pusat mahupun PAS Negeri merupakan kehendak akar umbi dan pembaharuan ini merupakan satu ‘berita burok’ untuk UMNO Selangor yang satu ketika ‘gila talak’ menghulur tangan ‘perpaduan’ yang keikhlasan sebenar mereka sudah dimaklumi rakyat. Perubahan ini bererti nothah penamat sudah di meterai!

KEADILAN Selangor akan sentiasa menjaga amanah, hubungan perpaduan dan sokongan tidak berbelah bagi pada kepimpinan baru PAS Selangor agar hasrat bersama membenamkan UMNO Selangor tercapai.

Pada KEADILAN Selangor, siapa juga yang di pilih, mereka adalah pemimpin yang sangat komited dalam agenda memertabatkan hak rakyat. Ia sama sekali tidak akan mengubah ‘rasa’ dalam Pakatan Rakyat, bahawa UMNO BN adalah seteru politik yang mesti dihapuskan, di tanam dan dikuburkan segera kerana ‘bau yang ada sudah tidak tertahan!’

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

About Penerangan KEADILAN Selangor

Laman web rasmi bagi Penerangan KEADILAN Selangor.

Posted on 13/06/2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: