Blog Archives

Mobilisasi ke Stadium Merdeka BERSIH2.0

KEPADA SEMUA AHLI KEADILAN SELANGOR. SILA AMBIL PERHATIAN…

  1. Segera bergerak masuk ke KL sebelum jalan-jalan utama ditutup pada malam ini. Anda disarankan untuk terus berada di KL sehingga BERSIH2.0 selesai.
  2. Agenda utama adalah untuk berhimpun di checkpoint dan berarak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka dan setelah selesai acara di Stadium Merdeka kita akan berarak semula ke checkpoint tersebut.
  3. Checkpoint yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
    • Sogo
    • Masjid Jamek
    • Masjid Negara
    • Kg Baru
    • Pejabat PAS Jalan Raja Laut
    • Stesyen LRT Hang Tuah
  4. Semua Pimpinan CBG diminta untuk membawa pasukan masing-masing menuju ke checkpoints tersebut dengan apa jua keadaan dan cara sekalipun dan pastikan berada di sana seawal jam 10 pagi hari Sabtu 9 Julai 2011. (Sekali lagi disarankan di sini supaya masuk ke KL sehari lebih awal dan terus berada di sekitar KL sehingga selesai).
  5. Daripada checkpoints yang disenaraikan di atas, kita akan mula berarak beramai-ramai bermula jam 1 tengahari dan terus menuju ke Stadium Merdeka. Sasaran untuk sampai di perkarangan Stadium Merdeka sebelum jam 2 petang. Acara di sana dijangka akan selesai pada jam 4 petang. Kemudian kita akan berarak semula ke checkpoints.

Maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Arahan Perhimpunan BERSIH2.0 di Stadium Merdeka

NOTIS

Kepada semua ahli KEADILAN Selangor anda disarankan untuk masuk ke KL sebelum jalan-jalan utama ditutup pada malam ini dan anda diminta untuk berada di sekitar KL sahaja pada bila-bila masa mulai sekarang. Mereka akan cuba menyekat kemaraan rakyat untuk berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Sila sebarkan kepada semua.

T. Kasih